Wednesday, August 25, 2010

Jangan KAHWINI mereka....


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang en...am, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Tuesday, August 24, 2010

Pesanan dari seorang abang kepada adiknya...



Wahai adikku di sana...

Abangmu tahu diri ini tidaklah sealim imam Syafie

Abangmu tahu diri ini tidaklah sebijak ibnu Sina

Abangmu tahu diri ini tidaklah setampan nabi Yusuf

Abangmu tahu diri ini tidaklah segenius saidina Ali

Abangmu tahu diri ini tidaklah sesabar saidina Abu Bakar

Abangmu tahu diri ini tidaklah segagah saidina Umar

Abangmu juga tahu diri ini tidaklah sesempurna baginda s.a.w.

Abangmu terlalu banyak kelemahan dan kealpaan

Tapi sudah menjadi takdir Illahi

Abang telah di'lantik' menjadi abang kepada kamu

Walaupun secara fizikalnya tidak serupa

Tetapi kita tetap ada ikatan sama ada dari segi biologi

Atau dari segi pegangan akidah kita

Kerana kita semua menyembah Allah yang satu

Walaupun kamu amat rimas kerana menjadi adik

Walaupun kamu berasa leceh dengan kongkongan abangmu

Tetapi malangnya Allah sudah menetapkan bahawa kamu tetap adik abang



Walaupun tiada portfolio spesifik yang menjelaskan tugas seorang abang

Walaupun tiada sijil yang bertaraf dunia untuk sahihkan status seorang abang

Walaupun tiada ganjaran berstatus bintang untuk bergelar seorang abang

Tetapi, abangmu tetap adalah abangmu

Walau ke mana kamu cuba lari

Walau ke sana-sini kamu cuba menepis

Abang tidak kisah

Abang tidak risau

Abang tidak gentar

Bukan kerana dayus

Bukan kerana putus asa

Bukan kerana marah

Tetapi abang tahu ada Allah Maha Penyayang akan sentiasa melindungi adik abang

Dari ancaman2 manusia bertopengkan iblis

Adikku yang muslimah...

Abang tidak kisah kamu mahu berpakaian cantik2

Kerana itu hak kamu mahu kelihatan cantik

Tetapi abang risau andainya pakaianmu itu menjadi bualan lelaki2 miang di luar sana

Abang tidak kisah kamu mahu berpakaian trendy

Kerana itu hak kamu mahu menonjolkan diri

Tetapi abang risau andainya tubuh badanmu yang seksi menjadi giuran lelaki2 keranjang di sana-sini

Abang tidak kisah kamu mahu bertutur-kata

Kerana itu hak kamu mahu bercakap apa sahaja

Tetapi abang risau andainya suara lunakmu menjadi idaman jejaka2 gersang akhir zaman ini

Abang tidak kisah kamu berwajah cantik

Kerana itu anugerah Allah kepada kaum hawa yang dikasihiNya

Tetapi abang risau andainya kecantikanmu itu menjadi tatapan lelaki bukan muhrim yang mencari peluang

Abang tidak kisah kamu mahu bersosial

Kerana itu hak kamu mahu berkawan

Tetapi abang risau andainya kawanmu itu hanya mengajak kamu ke arah kemungkaran

Abang tidak kisah kamu mahu berteman dengan lelaki

Kerana batasan sosial sekarang memang sukar mengelakkan semua itu berlaku

Tetapi abang risau andainya kawan itu menjadikan asbab kepada cinta terlarang seperti kisah 'teman tapi mesra'



Adikku yang jauh...

Abang cuma mahu yang terbaik buat adik2 abang

Abang mahu adik2 abang berjaya dunia dan akhirat

Dirimu yang bengkok mudah dipatahkan andai terlalu kasar

Tetapi dirimu yang bengkok juga perlu diluruskan sedaya mampu

Kerana itu abang berbelah bahagi untuk melentur dirimu melampaui batasan

Bimbang terkasar kelak mengguris dirimu yang rapuh

Tetapi jangan kerana kelembutan itu hanya menghancurkan diri kamu kelak

Yang membinasakan maruah kamu yang bak permata

Yang menjatuhkan perhiasan kamu yang sepatutnya dijunjung tinggi

Yang akhirnya binasa dunia, punah akhirat

Abang tahu satu hari nanti

Kamu akan menjadi isteri kepada seorang lelaki

Kamu akan menjadi ibu kepada seorang anak

Sebelum waktu itu

Abang akan cuba membantu kamu memacu diri seadanya

Agar kelak sudah mampu bergelar status ibu dan isteri solehah

Sampai waktu itu

Walaupun khidmat abang sudah tidak lagi diperlukan

Abang berharap agar kamu sudah matang untuk berdiri sendiri

Meneruskan sisa-sisa hidup yang kamu tentukan kelak

Tetapi ingatlah bahawa

Walau apapun status kamu nanti

Abangmu tetap adalah abangmu

Adikku yang hebat...

Abang tidak minta dirimu sebijak Siti Fatimah r.a.

Abang tidak minta dirimu seteguh Saidatina Aisyah r.a.

Abang tidak minta dirimu sehebat Siti Khadijah r.a.

Kerana abang tahu dirimu jua hanya muslimah akhir zaman

Yang sentiasa bertarung antara hak dan batil

Yang sentiasa bertarung antara akal dan nafsu

Yang sentiasa tertipu dengan kedangkalan ilmumu

Yang sentiasa tertewas dengan kekuatan nafsumu

Tetapi abang tahu kamu juga mempunyai cita-cita untuk menjadi muslimah teragung akhir zaman

Kerana itulah abang sentiasa menyayangimu


Adikku sayang..


Jadilah bunga ros yang tersimpan di puncak gunung everest

Bukan bunga ros yang dijual2 di supermarket giant

Jadilah mawar berduri yang bisa tegar menjaga kuntumnya

Bukan mawar berbisa yang hanya memberi bisa pada pandangan manusia

Jadilah bulan indah yang terletak jauh sukar digapai dek perbezaan petala cakerawala bumi-bulan

Bukan bulan yang sekadar menjadi paparan yang mudah dicapai oleh sesiapa sahaja

Takutlah Allah walau di mana engkau berada

Jagalah auratmu walau terpaksa menanggung kepanasan matahari

Jagalah solatmu walau terpaksa menerima hinaan manusia

Jagalah maruahmu walau terpaksa diseret tohmahan sosialisasi

Kerana panas api neraka kelak amatlah pedih

Kerana balasan di dalam kubur kelak lagi mengaibkan

Kerana seretan ke pintu neraka kelak lagi menyakitkan

Abang tidak menyalahkan kamu jika kamu masih begitu

Kerana abang tahu, suatu hari nanti Allah akan buka juga pintu hidayah kepada kamu

Abang cuma sekadar berusaha sedaya mampu

Kerana abangmu tetap adalah abangmu sehingga hari kebangkitan kelak

Cuma hanya nak rumuskan di sini

Dirimu amat berharga

Dan sentiasa berharga buat abangmu yang tak seberapa ini

Moga Ramadhan kali ini menjadi medan kita sama2 berubah

Ke arah dunia yang mantap

Dan kecemerlangan akhirat

Andai ajal memisahkan kita suatu hari nanti

Moga bertemu kita semua di Syurga kelak

Thursday, August 19, 2010

Cinta itu sakit

A broken heart...
Sakitnya bila hati di'broken'...tidak tergambar rasanya. Tapi sifat manusia, however da manytime kena 'broken' still try benda yang sama. Sedangkan ader yang lebih jelas kenikmatan dan kebahagiaan...like tv7 said..feel good feel better.

Inginku kisahkan...
Dulu aku percaya, cinta yang disandarkan kepada Allah adalah kisah cinta yang dibolehkan. I mean couple yang dibolehkan syarak...tanpa 'short messaging send', calling just benda yang penting, tiada keluar berdua-duaan...kononnya dapat mengelak ZINA..tapi aku lupa ZINA bukan hanya bila berjumpa berdua-duaan, berpegangan tangan...aku lupa..
Aku hanya dapat mengelak ZINA TELINGA bila jarang bercakap dengannya
Aku hanya dapat mengelak ZINA FIZIKAL bila tidak keluar berdua-duaan dengannya
Aku hanya dapat mengelak ZINA MATA bila tidak menyimpan fotonya..
Tetapi aku lupa akan ZINA HATI...
ZINA yang berlaku tatkala aku teringat kepadanya,
ZINA yang berlaku tatkala aku merinduinya,
ZINA yang berlaku tatkala aku asyik memikirkannya menjadi milikku...

Akhirnya, hubungan terputus ditengah jalan, terlerai tanpa ikatan, hati yang terlanjur sayang padanya terasa perit ditinggalkan. Ditambah lagi pemergian tanpa sepatah kata...sakitnya cinta insan! bagaikan dihiris sembilu hati yang dalam...

Begitulah bila yang haram dihalalkan...rahmat Allah menjauhi kita. Pelbagai ujian diturunkan, sampai kadang jatuh tersungkur....ketika itu, hadir dua pilihan. Kembali kejalanNya atau sebaliknya...jalan putus asa yang gelap dan suram, tanpa nur dariNya...Make your choice like economist said. Allah maha penyayang lagi maha pengampun. Sekali kita dekat denganNya..berkali-kali Dia dekat dengan kita. Sandarkan segala-galanya hanya kepadaNya. Tuhan sekalian alam. Ikhlaskan hati hanya keranaNya, lakukan aktiviti harian kerana menunaikan sunnatullah..peraturan alam yang telah ditetapkanNya...InsyaAllah, selain kegembiraan, kebahagian yang kekal abadi menjadi milikmu...Biarlah cinta insan tidak dapat digapai...berusahalah agar dapat mengapai CintaNya.....Amin ya Rabb...

Saturday, July 24, 2010

Ceritera Cinta...


Cinta tidak semestinya memiliki...

Jika dia sebenarnya untukmu, yakinlah kepadaNya dia akan menjadi milikmu. Tetapi sekiranya dia menjadi milik orang lain. Doakan kebahagiaanya. Biarlah CINTA yang hadir untuknya bersemi didasar hati yang jauh. Selagi hati ini tidak menjadi milik insan yang bergelar suami, biarlah ku menCINTAinya hanya didalam mimpi...
Sakit dirasakan hanya seketika. Yang patah pasti tumbuh kembali, yang hilang pasti berganti... hukum karma yang tidak dapat didapat ditukar ganti, walaupun dengan teknologi yang semakin canggih.
CINTA bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa bukan menimbulkan tangisan. Tetapi CINTA itu menghidupkan, penghargaan, menguatkan perjuangan dalam menempuh onak dan duri penghidupan...
Tuhan hanya memberi sekeping hati pada seseorang untuk kita mencarinya...itulah CINTA

Thursday, July 15, 2010

Mengapa aku musafir cinta?


Da lama rasanya Na nak ber'blog', tapi rasa tak cukup mase jer. Erm...macamlah orang lain Allah bagi 25 jam ker 30 jam sehari. Walhal...kita serupa 24 hours jer. So, Semua alasan tu munculnya dari diri kita juga sebenarnya. "Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.". Na pinjam dari pepatah melayu. Alhamdulillah...dengan qada yang telah ditetapkan beserta segala kemudahan yang 'lengkap' kat bilik baru ni, insyaAllah dimanfaatkan.

Berbalik kepada nama blog Na, Aku musafir cinta... like deep sangat maknanya. (",) Hidup kita hanya persinggahan sebelum tiba di sana yang kekal abadi. Mencari-cari cinta untuk kebahagian yang hakiki...pelbagai cinta yang Na cari dan dah pelbagai cinta Na jumpa. Semua ader citer tersendiri, rahsia tersendiri, sejarah yang indah mahupun pahit untuk diungkap. Cinta ibubapa, cinta saudara, cinta sesama insan dan cinta yang terangung cinta kepadaNya...Ya Rabbul Izzati. GAMBAR kat atas ni, gambar salah seorang sahabat baik Na, yang sudah menemui CINTAnya. Na pula, masih menjadi musafir cinta....(",)

Baru jer tadi Na dapatkan Majalah SOLUSI yang latest, tertarik dengan salah satu rencana berkenaan cinta. The tittle ..."Pemburu dan pengoda cinta" Na tak baca habis lagi. insyaAllah ader ruang masa akan Na habiskan. Then Na kongsi kat blog ni (",). Idea macam da mencurah nak melakar sesuatu dalam blog ni, tapi panggilanNya belum Na penuhi. Jadi, better Na pegi dulu, nanti tak pasal kerana ber'blog' bertambah pula 'point' untuk kad merah. InsyaAllah nanti Na sambung lagi. Salam sayang dari Na....(",)