
Wahai adikku di sana...
Abangmu tahu diri ini tidaklah sealim imam Syafie
Abangmu tahu diri ini tidaklah sebijak ibnu Sina
Abangmu tahu diri ini tidaklah setampan nabi Yusuf
Abangmu tahu diri ini tidaklah segenius saidina Ali
Abangmu tahu diri ini tidaklah sesabar saidina Abu Bakar
Abangmu tahu diri ini tidaklah segagah saidina Umar
Abangmu juga tahu diri ini tidaklah sesempurna baginda s.a.w.
Abangmu terlalu banyak kelemahan dan kealpaan
Tapi sudah menjadi takdir Illahi
Abang telah di'lantik' menjadi abang kepada kamu
Walaupun secara fizikalnya tidak serupa
Tetapi kita tetap ada ikatan sama ada dari segi biologi
Atau dari segi pegangan akidah kita
Kerana kita semua menyembah Allah yang satu
Walaupun kamu amat rimas kerana menjadi adik
Walaupun kamu berasa leceh dengan kongkongan abangmu
Tetapi malangnya Allah sudah menetapkan bahawa kamu tetap adik abang
Walaupun tiada portfolio spesifik yang menjelaskan tugas seorang abang
Walaupun tiada sijil yang bertaraf dunia untuk sahihkan status seorang abang
Walaupun tiada ganjaran berstatus bintang untuk bergelar seorang abang
Tetapi, abangmu tetap adalah abangmu
Walau ke mana kamu cuba lari
Walau ke sana-sini kamu cuba menepis
Abang tidak kisah
Abang tidak risau
Abang tidak gentar
Bukan kerana dayus
Bukan kerana putus asa
Bukan kerana marah
Tetapi abang tahu ada Allah Maha Penyayang akan sentiasa melindungi adik abang
Dari ancaman2 manusia bertopengkan iblis
Adikku yang muslimah...
Abang tidak kisah kamu mahu berpakaian cantik2
Kerana itu hak kamu mahu kelihatan cantik
Tetapi abang risau andainya pakaianmu itu menjadi bualan lelaki2 miang di luar sana
Abang tidak kisah kamu mahu berpakaian trendy
Kerana itu hak kamu mahu menonjolkan diri
Tetapi abang risau andainya tubuh badanmu yang seksi menjadi giuran lelaki2 keranjang di sana-sini
Abang tidak kisah kamu mahu bertutur-kata
Kerana itu hak kamu mahu bercakap apa sahaja
Tetapi abang risau andainya suara lunakmu menjadi idaman jejaka2 gersang akhir zaman ini
Abang tidak kisah kamu berwajah cantik
Kerana itu anugerah Allah kepada kaum hawa yang dikasihiNya
Tetapi abang risau andainya kecantikanmu itu menjadi tatapan lelaki bukan muhrim yang mencari peluang
Abang tidak kisah kamu mahu bersosial
Kerana itu hak kamu mahu berkawan
Tetapi abang risau andainya kawanmu itu hanya mengajak kamu ke arah kemungkaran
Abang tidak kisah kamu mahu berteman dengan lelaki
Kerana batasan sosial sekarang memang sukar mengelakkan semua itu berlaku
Tetapi abang risau andainya kawan itu menjadikan asbab kepada cinta terlarang seperti kisah 'teman tapi mesra'
Adikku yang jauh...
Abang cuma mahu yang terbaik buat adik2 abang
Abang mahu adik2 abang berjaya dunia dan akhirat
Dirimu yang bengkok mudah dipatahkan andai terlalu kasar
Tetapi dirimu yang bengkok juga perlu diluruskan sedaya mampu
Kerana itu abang berbelah bahagi untuk melentur dirimu melampaui batasan
Bimbang terkasar kelak mengguris dirimu yang rapuh
Tetapi jangan kerana kelembutan itu hanya menghancurkan diri kamu kelak
Yang membinasakan maruah kamu yang bak permata
Yang menjatuhkan perhiasan kamu yang sepatutnya dijunjung tinggi
Yang akhirnya binasa dunia, punah akhirat
Abang tahu satu hari nanti
Kamu akan menjadi isteri kepada seorang lelaki
Kamu akan menjadi ibu kepada seorang anak
Sebelum waktu itu
Abang akan cuba membantu kamu memacu diri seadanya
Agar kelak sudah mampu bergelar status ibu dan isteri solehah
Sampai waktu itu
Walaupun khidmat abang sudah tidak lagi diperlukan
Abang berharap agar kamu sudah matang untuk berdiri sendiri
Meneruskan sisa-sisa hidup yang kamu tentukan kelak
Tetapi ingatlah bahawa
Walau apapun status kamu nanti
Abangmu tetap adalah abangmu
Adikku yang hebat...
Abang tidak minta dirimu sebijak Siti Fatimah r.a.
Abang tidak minta dirimu seteguh Saidatina Aisyah r.a.
Abang tidak minta dirimu sehebat Siti Khadijah r.a.
Kerana abang tahu dirimu jua hanya muslimah akhir zaman
Yang sentiasa bertarung antara hak dan batil
Yang sentiasa bertarung antara akal dan nafsu
Yang sentiasa tertipu dengan kedangkalan ilmumu
Yang sentiasa tertewas dengan kekuatan nafsumu
Tetapi abang tahu kamu juga mempunyai cita-cita untuk menjadi muslimah teragung akhir zaman
Kerana itulah abang sentiasa menyayangimu
Adikku sayang..
Jadilah bunga ros yang tersimpan di puncak gunung everest
Bukan bunga ros yang dijual2 di supermarket giant
Jadilah mawar berduri yang bisa tegar menjaga kuntumnya
Bukan mawar berbisa yang hanya memberi bisa pada pandangan manusia
Jadilah bulan indah yang terletak jauh sukar digapai dek perbezaan petala cakerawala bumi-bulan
Bukan bulan yang sekadar menjadi paparan yang mudah dicapai oleh sesiapa sahaja
Takutlah Allah walau di mana engkau berada
Jagalah auratmu walau terpaksa menanggung kepanasan matahari
Jagalah solatmu walau terpaksa menerima hinaan manusia
Jagalah maruahmu walau terpaksa diseret tohmahan sosialisasi
Kerana panas api neraka kelak amatlah pedih
Kerana balasan di dalam kubur kelak lagi mengaibkan
Kerana seretan ke pintu neraka kelak lagi menyakitkan
Abang tidak menyalahkan kamu jika kamu masih begitu
Kerana abang tahu, suatu hari nanti Allah akan buka juga pintu hidayah kepada kamu
Abang cuma sekadar berusaha sedaya mampu
Kerana abangmu tetap adalah abangmu sehingga hari kebangkitan kelak
Cuma hanya nak rumuskan di sini
Dirimu amat berharga
Dan sentiasa berharga buat abangmu yang tak seberapa ini
Moga Ramadhan kali ini menjadi medan kita sama2 berubah
Ke arah dunia yang mantap
Dan kecemerlangan akhirat
Andai ajal memisahkan kita suatu hari nanti
Moga bertemu kita semua di Syurga kelak